Sunday, 23 December 2012

10 orang terkenal yang dulu sering di buli

“Bully-phobia” adalah istilah untuk rasa takut yang berlebihan untuk kembali ke sekolah setelah cuti panjang kerana adanya sekelompok orang di sekolah yang mengganggu atau mengejek. Kita semua pernah merasakan hal itu, yang biasa kita kenal dengan istilah “ditindas”.

Hampir sebagian besar orang berjaya di dunia ini pernah mengalami pengalaman buruk tersebut. Misalnya para bintang berikut ini. Sekarang ini mereka bernasib sangat baik. Tetapi mereka dulu mempunyai pengalaman kejam saat masih duduk di bangku sekolah. Pengalaman mereka boleh Anda jadikan ispirasi: kita boleh saja dibuli orangketika masih di bangku sekolah rendah atau sekolah menengah, tetapi semuanya akan berbuah kejayaan di kemudian hari.

Berikut 10 selebriti yang dulunya sering dibuli:
10. Robert Pattinson


Robert sekarang lebih dikenal dengan R-Patz. Sebelum dia meraih penghargaan dari MTV Movie Awards, dia ternyata pernah dihempap ke loker. Masa kecilnya memiliki masalah yang lebih rumit daripada menahan naluri kevampirannya.
“Saya pernah dipukuli ramai orang ketika masih muda,” ujar Robert dalam wawancaranya dengan majalah Parade. Pangkal masalahnya? Acting. “Saya suka berperilaku seperti aktor, atau setidaknya bagaimana menurut saya seorang aktor harus berkelakuan, dan sepertinya itu memancing banyak orang untuk memukul saya.” Hmm, sekarang ini, acting Robert  memancing banyak wanita tergila-gila padanya.

9. Taylor Lautner


Tak jauh berbeza dengan Robert, Taylor Lautner memiliki pengalaman serupa. “Dulu saya sangat tidak percaya diri,” kata Taylor kepada Rolling Stone. “Kerana saat itu saya seorang aktor, saya kerap diganggu di Sekolah menengah. Bukan gangguan fizikal, namun orang-orang sering menjadikan saya bahan cemuhan. Kemudian saya mengatakan pada diri saya sendiri bahawa saya tidak boleh membiarkan ini menghancurkan impian saya. Saya menyukai dunia lakonan dan saya akan terus melanjutkannya.”

8. Christian Bale


Sebelum Christian Bale muncul di hadapan penonton dan memamerkan Oscar, dia perlu menangkis pukulan-pukulan dari rakan sekolahnya yang iri hati. Ingatan Christian tentang masa kecilnya: “Sungguh bukan masa yang indah. Saya menjadi mangsa penyiksaan, mendapat tendangan dan pukulan dari budak-budak lain setiap hari.”

Anda mungkin berfikir bahawa seorang bintang kecil, yang terkenal berkat karya besar Steven Spielberg “Empire of the Sun”, juga akan menjadi terkenal di sekolah. Namun yang terjadi adalah sebaliknya, Christian mendapat banyak ancaman. “Dia memiliki saat-saat yang sukar di sekolah,” kata Jenny, ibunya. “Penyiksaan itu cukup parah dan itu membuatnya sedih. Itu membuatnya meninggalkan dunia film dan keartisannya.” Untunglah tidak untuk waktu yang lama.
 
7. Barrack Obama

http://hermawayne.blogspot.com

Sebelum dipanggil dengan gelaran Presiden, Barack Obama banyak mendapatkan nama panggilan. “Dengan kuping besar dan nama yang saya miliki, tidak mungkin rasanya saya tidak diejek,” ungkap Obama saat konferensi mengenai masalah penindasan di sekolah.

Sekarang Obama kecil sudah membesar dewasa, pernah berpose untuk sampul majalah GQ, memiliki keluarga yang menjadi ikon mode, dan mendapatkan pekerjaan yang sangat bagus. Para pengganggunya dulu mungkin seharusnya berharap kalau mereka dulu lebih baik padanya.

6. Winona Ryder

Rambut cepak Lelaina Pierce (yang lebih dikenal dengan Winona Ryder) dan dress vintage doily miliknya menjadi standar mode pada masa Bill Clinton dan Kurt Cobain. Tapi waktu dia masih kecil, keunikan gayanya itu membuatnya tersingkir dari pergaulan. “Saya mengenakan setelan usang dari toko pria Salvation Army,” katanya dalam sebuah wawancara. “Saya mendengar orang-orang mengatakan, ‘Hei, lesbian!’ Mereka menghantuk kepala saya ke loker, dan saya jatuh.”

“Bertahun-tahun kemudian, saya singgah ke kedai kopi dan didatangi salah seorang wanita yang dulu pernah menendang saya. Dia mengatakan, ‘Winona, Winona, boleh saya minta tanda tangan?’ Kemudian saya menjawab, ‘Apakah Anda ingat saya? Ingatkah dulu waktu si sekolah rendah Anda pernah memukuli seorang kanak-kanak?’ Dia menyahut, ‘mungkin.’ Lalu saya balas, “Itu saya. Sekarang entahlah.’” Riuh tepuk tangan pun menyertainya.

5. Marshall Matters (Eminem)
 
Sebagai anak umur 9 tahun yang kurus kering, Marshall Mathers ditindas dengan kejam, dan ibunya menuntut sistem persekolahan di Detroit. Salah satu musuhnya di Sekolah rendah melukai bibir Eminem dan membuatnya tidak berdaya, seperti apa yang dilansir situs The Smoking Gun.

Dia pernah pulang ke rumah dalam keadaan memar setelah dipukuli di bilik mandi sekolah. Suatu hari dia pernah juga dilempari bola salji yang sangat keras yang membuatnya pengsan. Sang ibu mengatakan dalam persidangan bahawa trauma itu menyebabkan anaknya mengalami “mimpi buruk dan perilaku antisosial.”

Ini sudah terjadi lama sebelum penindasan menjadi isu nasional dan dianggap memerlukan penanganan serius. Marshall Matters kala itu harus menunggu dan hasilnya ada pada lagu “Brain Damage” yang ada di dalam albumnya. Banyak orang menyebut lagu itu sebagai musuh masa kecilnya. Moral yang boleh diambil: Jangan membuat masalah dengan kanak-kanak kerempeng, atau dia akan meminta industri musik untuk menolongnya.

4. Christina Aguilera
Juri “The Voice” tidak selalu memiliki kuasa untuk membantu atau mematahkan career musik seseorang. Beberapa tahun lalu, Christina ingin memantapkan popularitasnya, namun tidak disukai beberapa orang di sekolahnya dulu. Sebagai bintang pop remaja, dia menjadi buah mulut di antara teman sekolahnya di Staten Island. 

Beberapa oknum menyayat bandnya agar dia terlambat sampai di tempat pertunjukan, dan merosakkan mikrofonnya supaya Christina malu di panggung. “Ada banyak kekejaman saat itu dan saya rasa itu semua terjadi kerana mereka iri hati,” ungkap Christina saat acara “Behind the Music”.  

“Beberapa ancaman ditujukan untuk saya dan ibu. Mereka akan menggunduli band saya jika saya tetap berminat untuk menang pertandingan.” “Saya ingat, saat itu saya berpikir, ‘Saya harus keluar dari sini, Saya akan mewujudkan mimpi saya di luar sana.’”

3. Mila Kunis
Di bangku sekolah rendah dulu, Mila Kunis dikenal sebagai si udang. “Saya selalu menjadi yang paling kecil di kelas,” ujar Mila saat wawancara dengan OK Magazine. “Wajah saya sajalah yang bertambah matang. Wajah saya sangat lucu saat masih kecil. Saya memiliki mata, bibir, dan kuping yang besar, namun hal ini justru membuat saya menjadi bahan tertawaan, dan itu sungguh menyakitkan. Saya pernah pulang ke rumah sambil menangis. Kenapa saya mempunyai mata yang besar?” Siapa sangka ternyata wajah ini membantu saya untuk menarik perhatian Justin Timberlake.

2. Lady Gaga

Lady Gaga tidak langsung dilahirkan seperti sekarang. Bra kulit dan rambut bentuk tanduk. Gaga ingat bahawa masa di sekolah menengah adalah masa yang suram. Dia diejek kerana dianggap hodoh, memiliki hidung yang besar, dan menjijikkan. rakan-rakan sekolah juga menertawakan gayanya dalam berpakaian, kreasinya dalam bermakeup, kerana mereka merasa mereka tahu apa yang terbaik soal mode. Ya, dan mereka salah.

1. Madonna Ciccone
Sulit rasanya untuk percaya kalau Madonna pernah memiliki nama belakang dan tidak memiliki apapun. Namun itu semua memang terjadi. “Saya bukan termasuk hippie ataupun menggunakan ganja saat di Sekolah menengah, jadi saya dianggap aneh. Saya tertarik pada musik dan balet klasik, jadi mereka itu sedikit jahat kalau Anda berbeza,” kata the First Lady of Pop ini kepada Vanity Fair. “Saya termasuk dalam salah satu orang yang jadi korban.”

Seperti yang mereka katakan dalam industri hiburan, saya ‘memanfaatkannya’. “Saya memutuskan untuk menggunakan keunikan saya. Jika kesenangan Anda berasal dari apa yang orang-orang sekitar Anda fikirkan tentang Anda, Anda akan selalu merasa kecewa.” Sekarang ini dia jarang kecewa, bukan kerana dia tidak mempedulikan apa yang orang sekitar katakan mengenai dirinya, namun kerana sekarang dia adalah seorang Madonna.

Saturday, 22 December 2012

10 makanan pelik di dunia..

Kali ni aku nak kongsi pasal makanan pelik yang ada kat dunia ni..
SANGGUP MAKAN????

1.CENGKERIK GORENG
   Merupakan makanan orang Afrika dan asia..Dikatakan sangat istimewa kerana mengandungi protein yang sangat tinggi..


2.BALUT
    Sejenis telur itik atau telur ayam yang masih disenyawakan dengan embrio di dalam telur.. Balut biasanya dimasak dengan cara direbus, dibakar, atau digoreng.. Dijadikan menu setiap hari bagi negara Asia Tenggara seperti filipina, kemboja dan vietnam..

3.LIPAS GORENG
    Lipas goreng ni diperbuat daripada lipas yang ada di rumah2 kita la..

4.CARZU MARZU
     Makanan yang terdapat di itali..Keju yang menjadi rumah kepada larva serangga atau ulat..

5.KALA JENGKING GORENG
     Biasa diliha di pasaran Asia..Kalau teringin atau mengidam nak makan, korang bolehlah pergi ke China..





6.KEBAB ULAT SUTERA
     Taklah nampak macam sedap sangat..Tapi nampak macam coklat..



7.LARVA LEBAH
   Larva lebah ni kena makan dengan kelapa parut kot.. heheheh...

8.TARANTULA GORENG
    Labah-labah yang besar.. Digoreng dan dimakan dengan nasi panas...nyam..nyam..nyam...hahahahahahahaha...



9.SANNAKJI
  Merupakan sotong yang masih hidup dan dimakan mentah..



10.TIKUS MONDOK BAKAR
   Tikus mondok ni sebenarnya merupakan haiwan ternakan bagi masyarakat di Andes..





ADA APA DENGAN TURKI

Sebenarnya, turki merupakan salah satu tempat perlancongan yang ada dalam list "lokasi yang paling aku nak pergi"..(list buat sendiri)..hehehehe..

Ramai yang bertanya, "kenapa Turki?"

So, jawapannya ada di bawah..

Merhaba! (selamat datang dalam bahasa turki)


 Di sini kita boleh jatuh cinta’. 
      Bukan pada manusia tetapi pada buminya yang indah dan menyejukkan mata. Malahan, sejak dulu lagi, Turki menjadi destinasi bagi pencinta seni, pengkaji budaya dan mereka yang menghargai nilai sejarah. Tidak lupa, kalau ingin membeli belah barangan sutera dan juga karpet termahal di dunia, Turki ada segalanya. 

     Di sini tiada jurang antara budaya Asia dan Eropah. Malahan dua benua yang berbeza budaya dan agama bergabung menjadi satu di bumi Turki. Di dalam peta dunia, tanah Turki amat mahal dan menyimpan nilai artistik yang berbeza dengan mana-mana tempat di dunia. Untuk itu, tidak rugi jika mengeluarkan sedikit modal semata-mata untuk melihat dan menikmati keindahan milik Turki yang juga dikenal sebagai “A Gateway to Paradise”.
 
        Turki menggamit kehadiran para wisata dengan pelbagai tarikan mempersonakan. Segalanya tentang budaya, tradisi, kemodenan, cara hidup lama dan baru, bersedia untuk diteroka. Turki menampung lebih 73 juta penduduk dan menjadi bahasa ke tujuh terbesar di dunia. 

AGAMA
     Majoriti penduduk Turki beragama Islam dan kehadiran ribuan menara masjid di bandar dan pelusok desa menjadi bukti agama ini telah lama bertapak dan menjadi kebanggaan penduduknya. Dua perayaan utama yang disambut di negara ini termasuklah Seker Bayrami (Raya Puasa) dan Kurban Bayrami (Raya Haji).
Sementara itu, sebahagian kecil penduduk di sini beragama Kristian dan Yahudi. Terdapat lebih 236 buah gereja dan 34 buah synagohues untuk kemudahan beribadat penganutnya.


MASAKAN DI TURKI
     Tidak dapat dinafikan, masakan Turki adalah antara makanan yang terlazat di dunia. Masakan di Turki berbeza mengikut setiap daerah. Di Turki Utara, makanannya banyak berasaskan tepung dan ikan bilis. Manakala bahagian Tenggara Turki pula popular dengan kebab, meze dan pencuci mulut yang berasaskan tepung (baklava). Manakala masyarakat di bahagian Barat Turki banyak menggunakan minyak zaitun sebagai bahan masakan utama.

Masakan di Turki banyak memaparkan ciri-ciri asas masakan Mediterranian yang kaya dengan sayur-sayuran, herba dan ikan. Misalnya, Anatolia Tengah masyhur dengan keistimewaan pastrinya. Selain itu, antara perbezaan lainnya seperti Urfa Kebab dan Adana Kebab yang banyak menggunakan bawang putih daripada bawang besar.
Sementara itu, antara minuman yang popular di sini ialah teh hitam. Uniknya teh ini dimasak di dalam dua buah teko. Teh pahit dibuat di sebelah atas teko dan dicairkan dengan menambahkan air dari sebelah yang lebih bawah. Teh hitam ini biasa diminum ketika sarapan pagi.
Selain itu, minuman sejuk yang juga menjadi pilihan masyarakat Turki adalah Ayran (minuman yogurt masin). Minuman ini sesuai diminum ketika menikmati apa sahaja hidangan di Turki. Minuman Kefir pula disediakan dengan bijian kefir dan susu. Salgam Suyu (jus turnip suam atau panas) adalah satu lagi minuman yang enak diminum selepas menikmati kebab. Antara lain, minuman sejuk tradisional dinamakan Boza yang dihidang sejuk dengan kulit kayu manis dan kadang-kala mengandungi leblebi.
Pada musim sejuk, minuman Sahlep juga menjadi kegemaran masyarakat Turki dan dihidangkan panas dengan kulit kayu manis. Sahlep dicedok dari akar-akar orkid liar dan digunakan sebagai bahan di dalam aiskrim Turki. 

  
Nilai ‘Kahve’, Secawan Kopi Turki
      Ada pepatah dalam bahasa Turki yang membawa makna “Secawan kopi mempunyai kenangan selama 40 tahun”. Masyarakat Turki menganggap kopi sebagai penjalin kepada hubungan sesama manusia. Kopi Turki yang lazat dan semestinya istimewa ini boleh dihidangkan manis atau pahit mengikut pilihan.

 

5 tempat terunik di dunia..(teringin sangat nak pegi) :)

Bumi yang kita huni ini menyimpan banyak tempat indah  yang memiliki kekuatan untuk memberikan inspirasi. Namun tahukah Anda, ada beberapa tempat di muka bumi yang meiliki keanehan seperti terdapat di bawah:

1. Pamukkale, Turki
Pamukkale adalah kolam bertingkat yang unik dan jadi pusat perhatian selama hampir 2 abad, namun masih belum masuk keajaiban dunia. Kolam yang berisi air panas ini terbentuk akibat gempa yang terjadi 2 ribu tahun lalu di Turki. Pamakkale berarti Kastil dari katun. Tepat dibagian atas permukaan tempat ini, Greco-Romans mendirikan sebuah bandar, Heirapolis, yang bermaksud kota suci. Pamakkale sekarang telah ditetapkan sebagai salah satu warisan budaya dunia dari UNESCO. Tempat ini sudah ditutupuntuk tontonan atau kunjungan umum, demi menjaga dari berlakunya kerosakan.
 
2. Moeraki, Selandia Baru
Batu indah besar, bulat dan unik ini terdapat di Pantai Koekohe, bahagian pesisiran Otago, Selandia Baru. Dikenali sebagai “Moeraki Boulders”, terbentuk di dasar laut akibat sendiment yang bertambah. Pembentukannya hampir sama dengan pembentukan mutiara. Legendanya, Maori dibawa oleh nenek moyang yang datang mengunakan perahu besar Araiteuru yang tergelam kerana gelombang besar berhampiran Matakaea.

 


 
3. Nine Hells od Beppu, Jepang
Beppu terletak di pulau Kyushu, Jepun. Beppu merupakan hasil daripada air geothermal kedua terbesar di dunia. Di tempat ini terdapat “Nine Hells” atau kolam yang memiliki karakter dan warna yang berbeza. “Hells” ini merupakan tempat wisata terkenal di Jepun.

4. Great Blue Hole of Bezile
Great Blue Hole terletak di Light House Reef sekitar pertengahan antara panjang Caye dan Sandbore Caye. Great Blue Hole terletak 60 mil timur dari daratan Belize (kota). Pada tahun 1997 ia ditetapkan sebagai Warisan Dunia.

5. Pintu Neraka , Turkmenistan
Di Gurun Kara-Kum, Turkmenistan, terdapat desa Darvaza. Desa ini berdekatan dengan tempat penggeboran gas alam yang dilakukan team dari Rusia. Akibat penggalian ini, bumbung dari sebuah gua besar roboh dan meninggalkan sebuah kawah berdiameter 25 meter dengan kedalaman kira-kira 60-70 meter. Dan dari dalam kawah yang terbentuk ini selalu keluar gas alam yang panas yang beracun. Penduduk tempatan menamakan kawah ini sebagai pintu neraka. Tetapi ada juga yang mengatakan, bahawa ini merupakan sebuah petunjuk dari tuhan, dan mengatakan bahawa ini sepenuhnya fenomena alam. (**)