Ramai yang bertanya, "kenapa Turki?"
So, jawapannya ada di bawah..
Merhaba! (selamat datang dalam bahasa turki)
‘Di sini kita boleh jatuh cinta’.
Bukan pada manusia tetapi pada buminya yang indah dan menyejukkan mata. Malahan, sejak dulu lagi, Turki menjadi destinasi bagi pencinta seni, pengkaji budaya dan mereka yang menghargai nilai sejarah. Tidak lupa, kalau ingin membeli belah barangan sutera dan juga karpet termahal di dunia, Turki ada segalanya.
Di sini tiada jurang
antara budaya Asia dan Eropah. Malahan dua benua yang berbeza budaya dan
agama bergabung menjadi satu di bumi Turki. Di dalam peta dunia, tanah
Turki amat mahal dan menyimpan nilai artistik yang berbeza dengan
mana-mana tempat di dunia. Untuk itu, tidak rugi jika mengeluarkan
sedikit modal semata-mata untuk melihat dan menikmati keindahan milik
Turki yang juga dikenal sebagai “A Gateway to Paradise”.
Turki menggamit kehadiran para wisata dengan pelbagai tarikan mempersonakan. Segalanya tentang budaya, tradisi, kemodenan, cara hidup lama dan baru, bersedia untuk diteroka. Turki menampung lebih 73 juta penduduk dan menjadi bahasa ke tujuh terbesar di dunia.
AGAMA
Majoriti penduduk Turki
beragama Islam dan kehadiran ribuan menara masjid di bandar dan pelusok
desa menjadi bukti agama ini telah lama bertapak dan menjadi kebanggaan
penduduknya. Dua perayaan utama yang disambut di negara ini termasuklah
Seker Bayrami (Raya Puasa) dan Kurban Bayrami (Raya Haji).
Sementara
itu, sebahagian kecil penduduk di sini beragama Kristian dan Yahudi.
Terdapat lebih 236 buah gereja dan 34 buah synagohues untuk kemudahan
beribadat penganutnya.MASAKAN DI TURKI
Tidak dapat dinafikan, masakan Turki adalah antara makanan yang terlazat di dunia. Masakan di Turki berbeza mengikut setiap daerah. Di Turki Utara, makanannya banyak berasaskan tepung dan ikan bilis. Manakala bahagian Tenggara Turki pula popular dengan kebab, meze dan pencuci mulut yang berasaskan tepung (baklava). Manakala masyarakat di bahagian Barat Turki banyak menggunakan minyak zaitun sebagai bahan masakan utama.
Masakan
di Turki banyak memaparkan ciri-ciri asas masakan Mediterranian yang
kaya dengan sayur-sayuran, herba dan ikan. Misalnya, Anatolia Tengah
masyhur dengan keistimewaan pastrinya. Selain itu, antara perbezaan
lainnya seperti Urfa Kebab dan Adana Kebab yang banyak menggunakan
bawang putih daripada bawang besar.
Sementara
itu, antara minuman yang popular di sini ialah teh hitam. Uniknya teh
ini dimasak di dalam dua buah teko. Teh pahit dibuat di sebelah atas
teko dan dicairkan dengan menambahkan air dari sebelah yang lebih bawah.
Teh hitam ini biasa diminum ketika sarapan pagi.
Selain
itu, minuman sejuk yang juga menjadi pilihan masyarakat Turki adalah
Ayran (minuman yogurt masin). Minuman ini sesuai diminum ketika
menikmati apa sahaja hidangan di Turki. Minuman Kefir pula disediakan
dengan bijian kefir dan susu. Salgam Suyu (jus turnip suam atau panas)
adalah satu lagi minuman yang enak diminum selepas menikmati kebab.
Antara lain, minuman sejuk tradisional dinamakan Boza yang dihidang
sejuk dengan kulit kayu manis dan kadang-kala mengandungi leblebi.
Pada
musim sejuk, minuman Sahlep juga menjadi kegemaran masyarakat Turki dan
dihidangkan panas dengan kulit kayu manis. Sahlep dicedok dari
akar-akar orkid liar dan digunakan sebagai bahan di dalam aiskrim Turki.
Nilai ‘Kahve’, Secawan Kopi Turki
Ada
pepatah dalam bahasa Turki yang membawa makna “Secawan kopi mempunyai
kenangan selama 40 tahun”. Masyarakat Turki menganggap kopi sebagai
penjalin kepada hubungan sesama manusia. Kopi Turki yang lazat dan
semestinya istimewa ini boleh dihidangkan manis atau pahit mengikut
pilihan.
.jpg)

.jpg)

No comments:
Post a Comment